Persediaan persekolahan

Thursday, 13 December 2012

Persiapan Pihak Sekolah Sebelum Sesi Persekolahan Dibuka

Salam sejahtera.

Sesi persekolahan tahun 2013 akan bermula pada 1 Januari 2013 bagi negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Negeri-negeri lain pada 2 Januari 2013. Sudahkah kita semua bersedia?

Sudahkah kita sebagai ibubapa membuat persediaan untuk anak-anak kita?
Sudahkan anak-anak kita bersedia untuk memasuki alam persekolahan semula?
Sudahkan cikgu-cikgu bersedia untuk melayan karenah anak-anak sekolah semula?

Yang paling penting, sudahkah sekolah bersedia untuk menerima murid-murid semula setelah hampir 2 bulan tidak dihuni?

Di bawah OSHA 1994 setiap sekolah mestilah menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan yang dipengerusikan oleh Guru Besar atau Pengetua. Salah satu fungsi utama J/K ini adalah menjalankan pemeriksaan tempat kerja setiap 3 bulan sekali.

Jadi teramat eloklah sebelum sesi persekolah yang mendatang ini dibuka, J/K ini melakukan walk-through inspection. Cari dan lihat apa-apa yang perlu dibaiki dan diganti sebelum anak-anak sekolah yang berbagai ragam dan perangai masuk nanti.
.
  • Periksa samada ada tak pagar sekolah yang telah rosak atau terkopak.
  • Railing pintu pagar utama macam mana? Smooth?
  • Lihat ada tak slab yang menutupi septik tank telah teralih atau terbuka.
  • Tengok ada tak grating yang menutupi longkang yang rosak atau jaringnya yang terlalu besar.
  • Ada tak longkang yang tersumbat.
  • Ada tak tempat pembiakan nyamuk di dalam kawasan sekolah.
  • Gambar hiasan
  • Periksa kelas, ada tak siling yang menunggu masa untuk jatuh macam buah durian.
  • Ada tak pendawaian yang rosak. Suis kipas, lampu. Semua elok?
  • Kerusi yang dah nak patah tu, sudah ganti? Meja?
  • Rumput panjang tu dah mesin ke? Mana tahu ada ular nanti.
  • Tiang gol di padang masih elok ke? Tak berkarat?
  • Tiang gol mudah alih macam mana? Selamat kah?

Last but not least...

  • Sepanjang sekolah tidak perpenghuni, ada tak penghuni lain yang datang menumpang?


Kalau semua Ok, Tuan Pengetua, sekolah kita telah sedia untuk dibuka!

Banana Split

Salam 1 Malaysia buat rakan - rakan PJJ dan murid - murid cikgu. Mungkin ada yang akan menyambut Hari ulangtahun pada hari esok. Apa kata kita jimatkan belanja sambut dirumah dan cuba resipi ini.



Bahan:
1 skop aiskrim vanilla
1 skop aiskrim strawberry
1 skop aiskrim coklat
2 biji pisang (kalau besar 1 cukup)
Hiasan:
sedikit badam
sedikit strawberry toping/ coklat cair
sedikit gula manik warna

                                                         
Caranya:
1. Sediakan bekas.
2. Skopkan aiskrim 3 rasa tersebut dan susun  di dalam bekas.
3. Pisang dibelah dua dan letakkan di tepi bekas.
4. Taburkan badam, gula manik warna dan  toping strawberry/ 
    coklat cair.
5. Sedia untuk dihidangkan. 

Wednesday, 12 December 2012


Salam sejahtera buat murid - murid cikgu terutama calon UPSR 2013. Cikgu harap kamu semua manfaatkan waktu cuti sekolah ini ya... jangan buka Facebook je. Buka juga 'book'. Disini cikgu ada senaraikan petua pelajar cemerlang. Jom baca...
                                       

  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji:
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran

Kek Batik Milo

Monday, 10 December 2012

Selamat petang anak - anak murid cikgu. Waktu cuti sekolah bolehlah belajar menyediakan juadah yang ringkas tetapi enak. Pasti memikat hati seisi keluarga. Mari cuba resipi di bawah.

Bahan-bahan (1 dulang)
250 g biskut marie – patah 2
150 g butter
1 cawan milo
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan air
4 biji telur
Cara-cara
  1. Campurkan milo, serbuk koko, esen vanilla, susu pekat, air dan telur di dalam periuk. Kacau sehingga sekata dan panaskan dengan api yang perlahan.
  2. Masukkan butter ke dalam periuk dan kacau sehingga adunan menjadi pekat. Kemudian tutup api.
  3. Masukkan biskut marie dan gaul sehingga sekata.
  4. Masukkan adunan ke dalam bekas dan mampatkan.
  5. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.


                                        

Cara membuat kraftangan

Sunday, 9 December 2012

Selain mengadakan "kelas masakan" saya juga telah menyediakan aktiviti membuat kraf tangan dengan bantuan guru pendidikan seni. Terima kasih cikgu Norlilawati. Sentuhan tangannya memang berseni. Mari kita lihat hasilnya.......



Bahan-bahan :
Kain Felt
Jarum
Benang
Gunting

Jahitan yang digunakan :
Jahitan blanket stitch/insang pari.
Jahitan backstitch.
Jahitan  sembat.
Jahitan jelujur.
Bekas pensil

Penutup pensil


Durian crepe




Biasanya habis sahaja peperiksaan UPSR murid-murid mula boring nak kesekolah.Alasannya tak ada aktiviti... tetapi sebagai seorang guru kitaperlu peka dan sediakan aktiviti -aktiviti yang menarik. Antara aktiviti yang telah saya susun ialah "kelas masakan"wah...murid-murid sungguh seronok dan teruja. Jom lihat resipi...

Bahan-bahan

  • 250grm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 500ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
  • Filling**
  • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
  • Isi Durian yg telah dilenyek.

Cara-cara

  1. Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
  2. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
  3. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
  4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk. 


Picture_2489







Kajian tindakan berdasarkan macro teaching 5 Satria

   Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat bercuti kepada rakan - rakan guru. Bertemu kembali di laman blog. Setelah hampir 2 minggu bercuti barulah saya berkelapangan untukmenambah bahan-bahan dalam blog ini. Semoga apa yang saya muatkan dalam ruangan ini dapat dikongsi bersama. "sharing iscaring"
Sudi-sudikan membaca kajian tindakan saya ini....




ii)PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat atas kerjasama dan sokongan sepanjang saya membuat kajian tindakan ini,khususnya kepada:
Pn. Hjh Norlilawati Bt.Mohammad (Guru Besar SK Taman Rinting2)
Pn. Rohayah Bt.Ismail (Guru Pnolong Kanan Pentadbiran SK Taman Rinting2)
Semua Guru SK Taman Rinting 2
Murid-murid 5 Satria SK Taman Rinting 2

1.0 PENGENALAN
Saya telah mendapat latihan perguruan di sebuah maktab di selatan tanahair iaitu di Maktab Perguruan Raja Melewar  Negeri Sembilan, pada tahun 1985 hingga tahun 1987. Saya ditawarkan opsyen Bahasa Melayu Sekolah Rendah. SK Tenggaroh 4 Mersing, merupakan penempatan pertama saya. Saya telah berkhidmat di sekolah tersebut selama 3 tahun dan berpengalaman mengajar Bahasa Melayu Tahap 1 di sekolah tersebut.
Saya telah berpindah ke SK Permas Jaya 1 Johor Bahru pada tahun 1990 dan mengajar Bahasa Melayu Tahap 2 iaitu tahun 4 dan 5. Pada mulanya saya agak ragu-ragu dan kurang yakin kerana belum berpengalaman mengajar Tahap 2 terutama Penulisan Bahasa Melayu. Bagaimanapun saya terima cabaran ini dan sering bertanya kepada rakan-rakan yang lebih berpengalaman. Akhirnya saya telah diberi kepercayaan mengajar tahun 6 pada tahun berikutnya. Saya mengajar di sekolah ini sehingga tahun 2004.
Sekolah ketiga tempat saya bertugas adalah SK Taman Rinting 2. Saya mula berkhidmat di sini pada tahun 2004 hingga sekarang. Disekolah ini saya telah diberi kepercayaan mengajar Bahasa Melayu Tahap 2 iaitu tahun 4 dan 5. Saya telah mengambil beberapa inisiatif  agar pengajaran saya dapat memberi kesan yang positif  terhadap anak-anak didik saya. Walau bagaimanapun, saya dapati masih ada segelintir murid-murid yang sederhana pencapaiannya. Saya yakin dan percaya pencapaian dan prestasi mereka masih boleh dipertingkat sebelum mereka melangkah ke tahun 6 dan menduduki peperiksaan UPSR.

2.0 PERNYATAAN MASALAH
Saya mula mengajar Bahasa Melayu untuk murid-murid 5 Satria pada bulan Julai tahun 2012 ,kerana guru yang mengajar Bahasa Melayu sebelumnya telah berpindah. Saya masih mengajar Bahasa Melayu kelas ini sehingga sekarang.Bilangan murid kelas ini ialah seramai 19 orang. Kelas ini merupakan kelas ketiga dalam aliran tahun 5. Berdasarkan keputusan ujian Semester  1 2012 yang lalu, saya dapati masih ramai murid kelas ini yang mendapat gred C dan D seperti yang digambarkan pada Jadual 1.
                        `Jadual 1: Analisis Ujian Penulisan Bahasa Melayu Semester 2 2012
GRADE
A(80-100)
B(60-79)
C(40-59)
D(20-39)
E(0-19)
Bil Murid
0
1
15
3
0
Peratus (%)
0
5
79
16
0

Berdasarkan Jadual1,didapati hanya 1 daripada 19 orang iaitu 5% sahaja yang mendapat gredB, manakala15 daripada 19 orang murid kelas ini iaitu 79% mendapat gred C dan 3 daripada 19 orang mendapat gred D iaitu sebanyak 16%. Analisa ini menggambarkan sebilangan besar murid-murid kelas 5 Satria masih belum menguasai kemahiran penulisan Bahasa Melayu.Saya tidak berpeluk tubuh dan berdiam diri sebaliknya telah mula membuat tinjauan awal  sebaik saya mendapat markah Bahasa Melayu Penulisan Bahagian B PKSR 2, dua  minggu yang lalu.Saya juga telah meneliti latihan-latihan harian yang saya berikan. Rujuk Lampiran 1
Berdasarkan latihan, saya dapati murid berkenaan masih lemah mengemukakan isi-isi penting yang berkaitan dengan tajuk karangan yang diberi. Oleh sebab kekurangan isi, murid-murid ini gagal menghuraikan karangan dengan tepat dan terpesong daripada tajuk. Kelemahan ini menyebabkan murid-murid ini tidak dapat menghasilkan karangan yang baik dan seterusnya menjejaskan markah mereka.
Hasil kajian dan penelitian saya, terdapat dua sebab utama mengapa pencapaian murid-murid 5 Satria dalam penulisan Bahasa Melayu agak rendah. Pertamanya murid-murid ini tidak dapat menguasai kemahiran mengemukakan isi-isi penting serta menghuraikan isi-isi penting tersebut. Kedua, kaedah pengajaran yang saya gunakan kurang menarik dan kurang memberi kesan terhadap pemahaman mereka. Kemungkinan besar sekiranya masalah ini tidak saya atasi,peratus kelulusan dalam matapelajaran subjek Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR tahun hadapan akan terjejas.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum:
Secara umum kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan Bahagian B dalam Penulisan Bahasa Melayu.
3.2 Objektif Khas:
3.2.1    meningkatkan kemahiran 19 orang murid mengemukakan isi-isi penting dalam Penulisan Bahasa Melayu
3.2.2    menambah baik amalan pengajaran saya sebagai guru yang mengajar penulisan Bahasa Melayu agar memberi kesan yang positif terhadap pemahaman murid melalui penggunaan kaedah Peta Minda dan Kata Soal
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 19 orang murid 5 Satria yang terdiri daripada 5 orang murid perempuan dan 14 orang murid lelaki. Saya dapati mereka tidak berminat menulis karangan,manakala murid yang sederhana pula cuai dan sering karangan mereka terpesong daripada tajuk yang diberi.

5.0 PERSOALAN KAJIAN
Sebelum memulakan Kajian Tindakan ini saya telah memikirkan beberapa persoalan antaranya:
a)    Mengapakah sebilangan besar murid-murid kelas 5 Satria (termasuk murid-murid berbangsa Melayu) masih kurang mahir mengemukakan dan menghuraikan isi-isi pnting berdasarkan tajuk?
b)    Adakah kaedah yang saya gunakan sebelum ini kurang menarik dan seterusnya kurang memberi kesan kepada pemahaman murid-murid?
c)    Apakah kaedah yang patut saya gunakan untuk mengatasi masalah murid-murid ini?

6.0 METHODOLOGI KAJIAN
6.1Pemerhatian:
Saya sentiasa memerhatikan sikap dan tindakbalas murid-murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
6.2 Pengumpulan Data/Ujian Penilaian:
Dalam kajian ini saya telah mengumpulkan markah ujian penilaian termasuk ujian PKSR 2 Penulisan Bahasa Melayu.
6.3Tindakbalas Dalam Aktiviti P&P:
Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan apabila guru memberi tajuk  karangan.
6.4 Semakan Buku Latihan:
Melalui semakan buku latihan,secara tidak langsung saya dapat menilai tahap perkembangan dan pencapaian murid dalam menguasai kemahiran menulis karangan.

7.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Saya telah menjalankan beberapa tindakan dalam kajian ini seperti berikut:
7.1 Tinjauan Masalah:
Langkah pertama yang telah saya jalankan adalah mengenalpasti masalah-masalah yang menyebabkan kegagalan murid menulis karangan dengan huraian berdasarkan isi-isi yang berkaitan dengan tajuk yang diberi.




7.2 Analisis Tinjauan Masalah:
Berdasarkan instrument yang dijalankan untuk meninjau masalah, maka saya telah membuat analisis seperti jadual di bawah:
Jadual 2 :Borang Tinjauan Masalah 5 Satria 2012

BIL
                                        MASALAH
JUMLAH
1.
Kurang memberi tumpuan
30%
2.
Tidak berminat dengan apa yang diajar
50%
3.
Tidak memahami apa yang diajar
30%
4.
Menulis karangan tanpa sebarang teknik
50%
5.
Kurang keyakinan diri
5%
                



8.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
i) Saya telah memberi motivasi dan semangat kepada murid-murid  terbabit bahawa mereka juga boleh mendapat keputusan yang cemerlang sekiranya mereka berusaha dan ada kesungguhan untuk berubah.
ii) Mengenalkan teknik atau kaedah peta minda dan kata soal dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Penulisan B seperti contoh di bawah:
 Langkah pertama, saya menjelaskan kepada murid-murid bahawa secara fizikalnya peta minda ini berbentuk seperti anak-anak ranting yang keluar daripada satu rumpun dan digunakan untuk mencatat isi-isi penting yang berkaitan dengan tajuk. Manakala kata soal pula digunakan untuk mengeluar dan menghuraikan isi dan contoh yang berkaitan


Langkah kedua, saya memulakan perbincangan untuk membuat pendahuluan karangan menulis cerita berdasarkan peribahasa dengan menggunakan kata soal untuk menerangkan tentang tajuk. Kata soal yang perlu digunakan ialah apa . Saya telah memilih subjek kajian untuk menjawab soalan-soalan tersebut.
Contoh soalan                  : Apakah maksud peribahasa ?
Contoh jawapan murid    : Orang yang berbuat jahat, akhirnya diketahui juga.
Contoh soalan                 :  Peristiwa atau kejadian apakah yang telah berlaku?
Contoh jawapan              :  Peristiwa kecurian.
Dalam langkah ketiga pula, saya melatih murid-murid menggunakan kata soal bagaimana untuk isi yang seterusnya.
Contoh soalan                : Bagaimana mengatasi masalah yang berlaku?
Contoh jawapan             Guru disiplin mengarahkan pengawas membuat rondaan
Sekiranya jawapan yang diberikan bersesuaian, maka tepukan dan pujian diberikan kepada murid berkenaan. Murid tersebut dan murid-muridlain dikehendaki mencatat isi-isi penting yang telah dikemukakan tadi pada peta minda seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
Seterusnya dalam langkah ke empat, saya membimbing murid menulis bahagian penutup menggunakan kat soal yang sesuai untuk membuat rumusan atau penutup cerita. Sebagai contoh kata soal mengapa untuk mmberi kesimpulan tentang keseluruhan isi.
Contoh soalan             : Mengapa kita tidak boleh melakukan perbuatan mencuri?
Contoh jawapan          : Kerana jika kita melakukannya akhirnya perbuatan kita akan diketahui
Untuk langkah yang terakhir, saya telah memberi latihan penulisan kepada murid-murid. Saya telah membimbing murid-murid secara individu untuk membina dan menyusun ayat dengan betul. Saya juga menggalakkan mereka menggunakan kata wacana sperti oleh itu, tambahan pula,oleh yang demikian, selain itu, dan sebagainya untuk menyambung isi.

iii) Latihtubi menggunakan peta minda dan kata soal dalam setiap waktu pengajaran
Melayu Penulisan B. Saya telah memantau penggunaan kaedah ini dengan memastikan murid-murid melukis peta minda dan menyediakan soalan yang berkaitan tajuk pada buku latihan sebelum murid-murid menulis karangan lengkap.
iv) Menilai keberkesanan penggunaan kaedah peta minda dan kata soal dalam latihan harian dan ujian PKSR 2 .
9.0 DAPATAN KAJIAN
Setelah hampir dua minggu saya menjalankan kaedah ini, saya dapati pencapaian murid dalam menguasai kemahiran menulis karangan Bahagian B telah meningkat. Murid telah mengikuti sepenuhnya teknik membuat peta minda dan kata soal sebelum menulis karangan. Ini dapat dibuktikan daripada analisa  berikut:






Jadual 3: Analisa Markah Bahasa Melayu Penulisan 5 Satria
BIL
                NAMA MURID
PKSR 2 (OGOS)
UJIAN PENILAIAN
1.
NURBALQIS SOFEA BT MOHD ROZALI
47 C
65 B
2.
KAVINESH A/L KRISHNEN
43 C
60 B
3.
DURGASHEENIE A/P POONGKUNRAM
42 C
60 B
4.
ZARUL ZAIM BIN ZAINOLDIN
38 D
55 C
5.
MOHD. HAIKAL  BIN KAMID
38 D
50 C


Maklum balas yang diperolehi berdasarkan borang soal selidik yang telah diisi, menunjukkan bahawa majoriti murid berpendapat bahawa teknik peta minda dan kata soal yang telah diajarkan  banyak membantu mereka  menulis karangan dengan lebih mudah. Rujuk lampiran 2
10.0 REFLEKSI
Semua aktiviti yang dirancang berjalan lancar. Teknik yang diperkenalkan berkesan untuk membantu murid menulis karangan dengan lebih baik berbanding sebelumnya. Selain itu skap malas, cuai, kurang berminat dan kurang memberi tumpuan semakin berkurang. Latihan harian yang diberi juga telah dapat disempurnakan dan tiada lagi alasan “tidak siap atau tidak tahu”. Murid-murid sentisa melukis peta minda pada setiap tajuk karangan yang diberi dalam latihan harian dan saya mencadangkan kepada murid-murid supaya terus menggunakan teknik ini walaupun mutu karangan mereka telah bertambah baik.
Saya bercadang untuk menggunakan kaedah ini untuk mencari isi-isi penting dalam Bahasa Melayu Pemahaman.Pada persepsi saya, kaedah ini juga boleh digunakan untuk mencari isi-isi penting dalam petikan pemahaman.
Sebagai kesimpulannya, daripada kajian ini saya dapati sebagai seorang guru saya perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran& pembelajaran. Setiap kaedah yang kita gunakan ada kelebihan dan kekurangannya kerana setiap orang murid kita berbeza tahap pemahaman, penerimaan dan pencapaian.



11.0 PENUTUP
Sebagai seorang guru saya wajib memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya. Murid-murid adalah amanah dan tanggungjawab saya. Oleh itu walau sesukar dan seperit mana sekalipun saya akan cuba menggalas tanggungjawab ini. Kekangan masa dan bebanan tugas yang semakin mencabar memang tidak dapat dielakkan. Namun saya sentiasa berdoa semoga diberi kesihatan,kekuatan serta laluan yang mudah untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pendidik.Kajian Tindakan yang saya lakukan ini sedikit sebanyak membantu mempertingkat dan memperkembang kualiti profesionalisme keguruan saya. Ianya juga dapat dikongsi sesama rakan sejawat. Mudah-mudahan saya dapat merealisasikan hasrat untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama dan pendidikan berkualiti berasaskan FPK akan terlaksana insyaallah.

Followers