Durian crepe

Sunday, 9 December 2012




Biasanya habis sahaja peperiksaan UPSR murid-murid mula boring nak kesekolah.Alasannya tak ada aktiviti... tetapi sebagai seorang guru kitaperlu peka dan sediakan aktiviti -aktiviti yang menarik. Antara aktiviti yang telah saya susun ialah "kelas masakan"wah...murid-murid sungguh seronok dan teruja. Jom lihat resipi...

Bahan-bahan

  • 250grm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 500ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
  • Filling**
  • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
  • Isi Durian yg telah dilenyek.

Cara-cara

  1. Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
  2. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
  3. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
  4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk. 


Picture_2489







2 comments:

Zanainah Aziz said...

Tahniah cikgu! Satu perkongsian yang sangat baik. Moga usaha murni ini akan berterusan dan dapat dimanfaatkan bersama. Terima kasih.

nooraziyah ali said...

tahniah!! menarik...

Post a Comment

Followers