Peribahasa

 Masih relevankah penggunaan peribahasa sebagai komunikasi terhadap pelajar??
Sungguhpun kebanyakan peribahasa yang dicipta orang dahulu kala masih benar dan sahih sehingga kini, namun terdapat sebilangan kecil peribahasa tersebut yang tidak dapat diterima pakai lagi pada zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang serba moden dan canggih ini.
Pada pendapat saya, seboleh-bolehnya kita mengabaikan peribahasa-peribahasa tersebut yang dimaksudkan itu. Beberapa contoh peribahasa yang sudah usang dan ketinggalan zaman ialah seperti “Rezeki secupak tidak akan menjadi segantang”, “Biar mati anak, jangan mati adat”, dan “Hutang darah dibayar darah”.
Pada pendapat saya, ketiga-tiga contoh peribahasa yang dikemukakan di atas tidak dapat diterima pakai lagi kini kerana beberapa alasan seperti yang diterangkan di sini. Contoh peribahasa yang pertama jika diamalkan bukan saja dapat mematikan semangat juang seseorang individu malah akan menjadikannya seorang yang tidak menginginkan kemajuan. Sekiranya seluruh masyarakat berpegang pada fahaman sedemikian, selama itulah masyarakat tersebut akan berada di takuk lama kerana tiada kemajuan yang dapat dicapai.
Sementara peribahasa yang kedua lebih mementingkan adat daripada anak sendiri. Dalam konteks ini, masyarakat dahulu kala mementingkan kelompok daripada individu. Namun pada dewasa ini, para ibu bapa tidak sanggup lagi mengorbankan anak sendiri semata-mata untuk mempertahankan adat masyarakat. Sebaliknya, anaklah yang diutamakan daripada segala-galanya. Itulah nilai masyarakat hari ini.
Peribahasa yang ketiga pula tidak harus dipraktikkan kerana mendorong keluarga mangsa bertindak balas terhadap pembunuhnya. Sekiranya hal sedemikian dilakukan, masyarakat akan menjadi tidak tenteram. Pada masa sekarang kita mempunyai pasukan polis dan badan kehakiman, jadi biarlah mereka yang menjalankan siasatan terhadap sebarang jenayah dan manjatuhkan hukuman ke atas pesalah.
Kesimpulannya, peribahasa-peribahasa yang sudah usang dan tidak relevan dengan suasana masyarakat pada hari ini tidak seharusnya diamalkan lagi demi kesejahteraan masyarakat.


Simpulan Bahasa
  • Ungkapan yang terdiri daripada dua patah prkataaan atau lebih
  • Digunakan untuk menjelaskan sesuatu perkara yang berlainan daripada maksud yang diucapkan
 - Contoh
  • Keci hati - mrajuk kerana tersinggung
  • Makan angin - peri melancong
  • Hati batu - bersikap degil 

- Ayat contoh
  • Lisa dan keluarganya makan angin di luar negara
  • Faiz berat hati untuk meninggalkan ibunya di kampung 


PERIBAHASA 
  • Menurut Za'ba peribahasa diertikan sebagai segaa susunan cakap yang pendek dan yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak turun -temurun. Perkataannya sedap didengar, bijak, ringkas, dan mempunyai maksud yan mendalam . 
  • Tujuan utama peribahasa digunakan adalah untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran, atau ingatan secara kiasan atau sindiran tanpa menimbulkan rasa marah atau kecil hati kepada orang lain
  • Peribahasa berfungsi untuk menegur anggota secara berkias


- Contoh
  •  Sediakan payung sebeum hujan
  • Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
  • Sedikit -sedikit lama- lama jadi bukit
  • Menanm tebu di tepi bibir
  • Bagai menatang minyak yang penuh



- Contoh karangan berdasarkan peribahasa   
  • Karangan berbentuk fakta
  • Karangan berbentuk cerita
 contoh karangan berbentuk cerita :

                                  "Sehari selembar benang lama-lama menjadi benang"

  Aliati anak yatim. Dia tinggal bersama-sama ibunya.Kehidupan mereka sangat susah. Hidup mereka umpama "kais pagi makan pagi,kais petang makan petang". Aliati pelajar yang pintar. Walaubagaimanapun,kesempitan hidup menyebabkan Aliati tidak dapat meneruskan pelajarannya ke Universiti. Untuk mencapai cita-citanya,dia berkerja di sebuah restoran. Dia bekerja dengan tekun.

 Aliati mengumpul wang sedikit demi sedikit daripada wang gajinya. Wang yang dikumpul itu digunakan untuk menampung pelajarannya. Di samping itu, dia juga membiayai keluarganya. Usahanya selama ini membuahkan hasil. Dia mndapat keputusan yang cemerlang. Aliati kini menjawat jawatan tinggi di sebuah firma. Kejayaannya sangat membanggakan hati ibunya. Kesusahan dan keperitan mereka telah berakhir. Sehari selambar benang lama-lama menjadi kain menjadi pegangan hidupnya.



1 comments:

hanna haiqal said...

boleh x ajar saya buat karangan "menatang minyak yang penuh"

Post a Comment

Followers