Penulisan

BAHASA MELAYU KERTAS 2 ( BAHAGIAN PENULISAN)

  • Terbahagi kepada tiga bahgian iaitu Bahagian A , Bahagian B dan Bahagian C         
  • Bahagian A  : ( membina 5 ayat )     
                               - Memindahkan maklumat        
                               - Terdiri daripada gambar tunggal dan bersiri               
                               - Markah maksimum 10 markah
                               - Masa yang dicadangkan ialah 15 minit



  •  Membina ayat berdasarkan carta



  • Membina ayat berdasarkan graf
 






  • Bahagian B  : ( menulis karangan )
                                - Memilih tajuk yang benar - benar dikuasai daripada tiga tajuk yang diberi
                                - Merangka karangan (peta minda , teknik soalan)
                                - Masa dicadangkan 40 minit
                                - Markah  maksimim 30 markah



  
  • Tips menulis karangan menggunakan peta minda

Contoh Karangan Catatan

Sabtu, 18 Septembr 2010
7.30 pagi  : Murid-murid berkumpul di padang. Mereka berpakaian sukan. Mereka datang dengan semangat                   yang berkobar-kobar.

8.00 pagi  :  Ketibaan dif-dif kehormat. Mereka disambut dengan paluan kompang ke pentas tetamu. .                  Mereka mengambil tempat duduk yang telah dikhaskan.

8.20 pagi  :  Acara perbarisan, pembuka tirai termasya sukan. Tetamu kehormat menerima tabik hormat
                   daripada peserta-peserta perbarisan. Kemudian lagu kebangsaan dinyanyikan oleh peserta                      - peserta. Diikuti dengan ucapan perasmikan oleh guru besar.

9.00 pagi  :  Acara - acara sukan bermula. Antara acara sukan yang dipertandingkan ialah acara larian 100
                   meter , 200 meter, lari berganti - ganti 4 x 100 meter, lempar cakera , lontar peluru dan lompat
                   tinggi.

10.15 pagi :  Sukaneka dijalankan untuk para ibu bapa dan guru. Lumba lari dalam guni, memecahkan
                    belon, tarik tali, dan tarik upih adalah antara acara sukaneka yang dijalankan.

11.00 pagi  :  Acara - acara sukan tamat. Upacara penyampaian hadiah dan pingat kepada para pemenang.

11.30 pagi  :  Majlis bersurai. Para peserta dan hadirin pulang ke rumah masing - masing selepas jamuan
                     ringan.


Contoh Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

                                                                                                                 PT 2382, Jalan Melor 1,
                                                                                                                 Taman Bunga Melor,
                                                                                                                 73200 Gemencheh,
                                                                                                                 Negeri Sembilan,

                                                                                                                 12 Julai 2010.

   Menemui saudari Shima yang kini berada di Klang, semoga sihat walafiat.

Saudari,
   Apa khabar saudari sekeluarga? Diharapkan saudari sekeluarga sihat sejahtera. Sudah lama kita tidak berutus surat, Bagaimana keadaan sekolah dan rakan-rakan di sana?

   Untuk pengatahuan saudari, tempat tinggal baharu saya merupakan sebuah desa yang harmoni. Penduduk di sini baik-baik belaka. Walaupun baru tiga bulan saya berpindah ke sini, saya dapat rasakan seolah-olah sudah tiga tahun saya tinggal di sini.

   Berdekatan dengan rumah saya, ada disediakan perlbagai kemudahan seperti kedai runcit, hentian bas, dan taman permainan. Pada setiap petang, saya menganjungi taman permainan tersebut.

   Tentu saudari berminat untuk mengetahui tentang sekolah baharu saya. Sekolah Menenggah Gemencheh, begitulah nama sekolah baharu saya. Sekolah ini luas dan mempunyai sebuah padang. Taman mininya cantik dan selalu dijadikan tempat untuk melapangkan fikiran. Rakan sekelasnya juga amat baik dan pramah. Mereka sudi menghulurkan bantuan apabila seseorang ditimpa kesusahan.

   Dua minggu lagi cuti penggal akan brmula. Jika saudari berkunjung ke Gemencheh, singgalah di rumah saya.

   Setakat ini sahaja buat kali ini. Semoga hubungan kita berkekalan. Sampaikan salam rindu saya kepada rakan-rakan dan guru-guru di sana.
Sekian, terima kasih.
                                                                                                                              Sahabatmu,
                                                                                                                              rosni.


Contoh karangan laporan

                                      Laporan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Budiman

        Pada 11 November 2010,  Sekolah Kebangsaan Budiman telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang. Majlis ini diadakan di dewan sekolah.

        Sehari sebelum hari tersebut, para guru dan murid bekerjasama menghias dewan dengan kain rentang, pokok bunga, dan belon-belon yang berwarna-warni. Kerusi-kerusi juga disusun rapi. Raptai penuh dijalankan supaya majlis brlangsung dengan sempurna.

         Pada hari berlangsungnya anugerah tersebut, tetamu kehormat dan para hadirin mulai tiba pada pukul 8.00 pagi. Nyanyian lagu kebangsaan oleh kumpulan koir sekolah memulakan majlis.

        Kemudian, guru besar dan tetamu kehormat menyampaikan ucapan. Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

        Upacara penyampaian hadiah bermula tepat pukul 9.00 pagi. Murid-murid yang cemerlang dalam pelajaran dan kokurikulum telah menerima hadiah masing-masing. Tokoh Murid pada tahun ini disandan oleh saudari  Nur Ain Mustafa dari Tahun Enam Murni.

       Majlis tamat pada pukul 11.30 pagi. Sebelum bersurai, para hadirin menjamu selera di kantin. Hari Anugerah Cemerlang pada tahun ini telah berjalan lancar.


Laporan disediakan oleh,                                                                                          13 November 2010.
           Tarmizi 
   (Tarmizi Mohd Zaki)
Ketua Murid,
Sekolah Kebangsaan Budiman.


Karangan Syarahan.

     Yang Mulia Tuan Penegerusi Majlis, yang dihormat Tuan Guru Besar, Encik Jailani Ahmad, guru - guru,dan rakan - rakan. Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua.

      Terlebih dahulu, saya mewakili semua murid ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.

      Seperti yang kita ketahui, majlis ini diadakan untuk meraikan guru - guru. Para guru telah berkoban masa dan tenaga mereka untuk mendidik kita. Mereka juga sabar menghadapi pelbagai kerenah murid - murid.

     Guru diibaratkan sebatang lilin yang menyala. Mereka membakar diri untuk menerangi orang lain. Jasa dan pengorbanan para guru tidak ternilai dan tidak terbayar dengan wang ringgit.

     Pada hari ini, pelbagai aktiviti telah dirancang untuk menghiburkan para guru. Antara aktiviti tersebut ialah persembahan pentas, sukaneka, dan jamuan.

     Di sini, saya menyeru kepada rakan- rakan supaya menghormati guru. Hargailah jasa dan pengorbanan guru. Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan Selamat Hari Guru. Sekian, terima kasih

  • Bahagian C  : ( membuat ulasan )

                                - Panjang ulasan tidak lebih daripada 50 patah perkataan
                                - Tulis jawapan dalam satu pernggan
                                - Masa dicadang 20 minit
                                - Markah maksimim 20 markah


               

                              
                                               
Latihan hari ini.

Baca petikan kemudian tulis semula 5 nilai murni yang tidak melebihi daripada 50 patah perkataan. Mari kita cuba buat latihan ini.


  Dalam perjalanan pulang, kulihat Karim terkial - kial menolak basikalnya. Aku segera bertanyakan masalah yang dihadapinya. Rupa - rupanya, tayar basikalnya kempis akibat terkena paku. Tanpa banyak bicara, aku mengajaknya membuncing basikalku sambil menuntun basikalnya. 

  Aku mengayuh basikal berhati - hati agar tidak terjatuh. Akhirnya kami tiba di sebuah bengkel.Aku memohon jasa baiknya untuk menampal tiub basikal Karim. Syukurlah dia akur.

   Sementara basikal Karim  dibaiki, kami mencari pondok telefone untuk memberi tahu keluarga masing - masing. Kini basikal Karim sudah dibaiki. Setelah membayar wang, kami pun mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan bengkel itu lalu pulang ke rumah. 




                                                                        

Latihan kedua hari ini.

     Asma kasihan melihat Nenek Kiah terketar - ketar membawa bakul berisi sayur.Dengan segera dia menyapa Nenek Kiah dan mmberi salam. Kemudian dia mnawarkan diri untuk membantu Nenek Kiah. Nenek Kiah memberikan bakul tersebut kepada Asma. Setelah kenderaan lengang barulah Asma memimpin tangan Nenek Kiah melintas jalan.

      Nenek Kiah amat berterima kasih atas pertolongan Asma itu. Dia menghulurkan RM2.00 kepada Asma. Walau bagaimanapun, Asma menolaknya dengan sopan. Dia hanya mahu menolong Nenek Kiah. Setelah Nenek Kiah tiba di rumah, barulah Asma meneruskan niatnya untuk mnziarahi rakannya yang diserang demam sejak semalam.
                                        

0 comments:

Post a Comment

Followers