Tatabahasa



 CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

A. Cakap Ajuk
  • Menulis percakapan seseorang semula tanpa mengubah sebarang kata yang mengubah sebarang kata yang diucapakan dan maksud asal.
  • Menggunakan tanda pengikat kata ("..")
Ayat contoh
  • "Saya bukan tinggal di sini," kata Mei Ling


B.Cakap Pindah
  • Percakapan sesorangyang ditulis dalam bentuk penyataan tanpa mengubah maksud asal

Ayat contoh
  • Mei Ling menafikan bahawa dia tinggal di situ


 Contoh soalan menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah 


  1.  Kata Syakirah, "Surat yang baru saya terima adalah daripada Sudin,kawan saya dari Sabah"
              ______________________________________________________________
              ______________________________________________________________


Contoh soalan menukarkan cakap pindah kpada cakap ajuk 

  1. Emak Yahya brtanya kepada ketua pengawas itu kdudukan kelas Tahun Enam Proresif
         _________________________________________________________________
         _________________________________________________________________    





AYAT AKTIF AYAT PASIF

A.Ayat Aktif

  • Ayat yang menunjukkan orang atau benda yang melakukan prbuatan diutamakan. Lata kerja dalam ayat ini mestilah katakerja transitif dan brawalan "meN-"

Ayat contoh


  • Marina meminjam buku cerita itu.
  • Aku baru membeli baldi.
 B.  Ayat Pasif


  • Ayat yang menunjukkan orang atau benda yang dikenakan perbuatan ke atasnya. Ayat ini lebih mengutamakan objk daripada pelakunya
 Ayat contoh

  • Buku itu dipinjam oleh Marina
  • Baldi itu baru kubeli

Kata Hubung

Kata Hubung Gabungan
  • Digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan, satu frasa dengan satu frasa, atau satu klausa dngan satu klausa.
  • Contoh : dan,serta,atau,lalu, dan sebagainya
  • Ayat contoh : (a) Dia dan saya bersekolah di Muar

Kata Hubung Berpasangan 
  • Digunakan secara berpasangan
  • Contoh : baik.....mahupun, daripada.....lebih baik, entah......entah, jangan.....pun
  • Ayat contoh : Walaupun bertubuh kecil namun  Syafinaz berhati besar

Kata Hubung Pancangan
  • Digunakan untuk memancangkan satu klausa yang lain untuk membentuk ayat pancangan 
  • Contoh : kerana, apabila, bahawa, juga, tatkala, sejak,walaupun dan sebagainya
  • Ayat contoh : Ayah membeli kereta yang berwarna merah itu.


Kata Adjektif 
  1. Kata adjektif menerangkan sifat sesuata benda. Contohnya : aman, bersih, cantik, deras, elok, gagah, hanyir, dan sebagainya
  2. Kata adjektif juga boleh terdiri daripasa perkataan berimbuhan seperti seelok, kehijau-hijauan, setinggi dan sebagainya.
  3. Kata adjektif juga boleh disertai dengan penguat amat, sungguh, sekali, paling, dan sebagainya. Contoh : pergi, datang, duduk, tidur, berjanji, tertidur, tertawa, menangis, mengalir, dan sebagainya
  4. Ayat contoh :
  • Bayi itu sungguh comel.
  • Rumah usang itu roboh ditiup angin kencang.
  • Abangnya tidak setinggi kawan saya.



KATA KERJA







KATA PENEGAS
  1. Kata penegas juga disebut sebagai partikel, dan digunakan untuk memberikan penekanan pada bahagian -bahagian tertentu dalam ayat.
  2. Ada dua jenis kata penegas, iaitu kata penegas partikel dan kata penegas dasar.
 




KATA SENDI




Pemajmukan





Kata Hubung
  • Kata yang mnghubungkan kata dengan kata, frasa dngan frasa, dan ayat dengan ayat.
  • Terbahagi kepada tiga jenis.
              (i) Kata hubung gabungan 
                   Contoh - atau, dan, lalu, maka

              (ii) Kata hubung pancangan
                   Contoh - agar, apabila, bahawa, hingga, jika, meskipun

              (iii) Kata hubung pasangan 
                    Contoh - baik...ataupun, baik...baik, sahaja...juga, jangankan...pun

  • Ayat contoh : (a) Saya akan ke Kedah esok atau lusa 
                               (b) Jangankan RM 20, RM 5 pun tidak ada pada saya sekarang
 
       

Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.

     Cahaya pagi itu amat cerah ___________ matahari memancarkan cahayanya menerangi bumi. Angin ___________ bertiup sepoi - sepoi amat menyegarkan. Aku duduk berehat sendirian ___________ menikmati nasi goreng ___________ disediakan oleh ibu. Ayah telah ke kebun ____________ ibu pula ke rumah jiran yang akan mengadakan majlis kesyukuran pada tengah hari itu. Aku membelek - belek senaskah akhbar ___________ mendengar radio. Aku tertarik oleh berita tentang kejadian perang di Palestinyang mengorbankan puluhan ribu orang dewasa __________ kanak - kanak. Berita itu menyebabkan aku berasa simpati ___________ aku berdoa agar mereka diselamatkan.



Kata Bilangan

  • Digunakan untuk menghitung sesuatu
  • Terbahagi kepada tujuh jenis :
                 i. Tentu - satu,dua
                ii. Tak tentu - beberapa, seluruh, semua
               iii.  Pecahan - suku, separuh
               iv.  Pisahan - setiap, tiap - tiap
                v.  Himpunan - ribuan, kedua - dua
               vi.  Tingkat - pertama, kedua 
  • Ayat contoh : (a)  Dalam pertandingan itu dia mendapat tempat pertama
                               (b)  Semua rahsianya telah terbongkar 


Isi tempat kosong dengan kata bilangan yang sesuai.

       " Carik - carik bulu ayam, lama - lama bercantum juga ". Beitulah ibarat hubungan adik - beradik. Walaupun Adlin dan Affian sudah ____________ kali bertegang leher berebutkan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka yang tidak sempai ___________ ekar, tetapi sekarang mereka sudah bermuafakat. Tanah itu akan dibahagi ______________. Tidaklah Affian ingin membolot ____________nya. _____________ juga bersetuju untuk sama - sama menjagai dan membersihkannya. ____________ pertelingkahan mereka selesai setelah perkara itu dirundingkan dengan baik. Ekoran daripada itu, Adlin ingin mewakafkan rumah lama  ayahnya yang dibina di atas tanah berukuran ______________ ekar untuk dijadikan surau.___________ kos pembinaan surau itu akan ditanggung olehnya.





1.Soalan BM Pemahaman


1.0  Konsep Tatabahasa

Pada umumnya tatabahasa dalam bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis(Nik Safiah Karim et.al.2004). Menurut Arbak Othman (1983) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis.
1.1Konsep Morfologi

Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata serta cara perkataan diwujudkan daripada bunyi bahasa dan pengaruhnya terhadap makna kata. Menurut Abdullah Hassan(2005) mentakrifkan morfologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan. Asmah Hj Omar(1993),menyatakan morfologi sebagai peninjauan linguistic yang menitikberatkan hubungan antara morfem-morfem dan varian morfem. Nik Safiah Karim(et. al 2008) mentakrifkan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur bentuk dan penggolongan kata.

1.11Struktur Kata
Struktur kata adalah susunan bunyi ujaran atau tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna contohnya : struktur betul : perpaduan
                    Struktur salah : duanperpa
Oleh yang demikian, kata ‘perpaduan’ adalah bunyi ujaran atau ejaan yang berada dalam struktur yang betul,manakala ‘duanperpa’adalah struktur yang salah.

1.1.2 Bentuk Kata
Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa samada berbentuk tunggal atau mengalami pengimbuhan dan pemajmukan. Contohnya: bentuk tunggal – diam(tidak mengalami apa-apa perubahan)
                                        bentuk terbitan – berdiam(menerima imbuhan awalan ber)
                                        bentuk majmuk – diam ubi(mengalami perubahan makna)
                                        bentuk gandaan – diam-diam(kata dasar yang digandakan dan brubah makna)

1.1.3 Penggolongan Kata
Golongan kata terbahagi kepada empat iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata tugas.
Kata nama contohnya- kerusi, sekolah, Iman Hanif
Kata adjektif contohnya – keras, manis, tinggi
Kata kerja contohnya – menyanyi, berlari,
Kata tugas contohnya – akan, sangat



                                       


1.2 Konsep Sintaksis
 Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat(Nik Safiah Karim et. al, 1993: 317).  Abdullah Hassan (1980:164) mendefinisikan  sintaksis istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar. Ini bermakna sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Menurut Hj Abdullah Hassan(1980:164) Sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembntukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.
1.2.1Struktur Binaan Ayat
Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai binaan atau kontruksi. Sesuatu binaan ayat itu terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang dikenali sebagai unsur atau konstituen. Sesebuah ayat itu umumnya mestilah sekurang-kurangnya terdiri daripada satu subjek(pelaku) dan predikat(cerita).
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang diucapkan dngan intonasi yang sempurna. Contohnya binaan ayat 1 di bawah hanya mempunyai dua unsur iaitu 2 dan 3.
1.      Nora berlakon
2.      Nora
3.      Berlakon
Perkataan Nora dan berlakon, hanya terdapat dua perkataan dalam contoh binaan ayat 1.Namun demikian ayat dalam bahasa Melayu boleh menjadi lebih panjang dan kompleks,yang kadangkala mengandungi klausa yang terkandung juga unsur frasa dan tidak hanya perkataan.
Frasa ialah satu binaan ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang mempunyai potensi untuk menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga). Frasa terbahagi kepada 4 iaitu:
#Frasa Nama(FN)
#Frasa Kerja(FK)
#Frasa Adjektif(FA)
#Frasa Sendinama(FS)


Binaan Ayat
Sesebuah ayat itu mestilah sekurang-kurangnya mempunyai satu subjek(pelaku) dan satu predikat(cerita). Contoh:
Neelofa membeli sebuah banglo.   .Neelofa ialah subjek dan membeli sebuah banglo ialah predikat.
Subjek ialah watak , benda atau perkara  utama yang ingin diterangkan dan predikat ialah cerita atau perihal yang menerangkan subjek.

2.0  Menganalisi 4 kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid di dalam bilik darjah.
Analisis kesalahan bahasa bolehlah didefinisikan sebagai satu kaedah atau teknik yang digunakan dalam sesuatu kajian untuk mengukur ataupun menilai tahap kemampuan sesaorang atau sekumpulan pelajar terhadap tatabahasa yang dipelajarinya.
Kesalahan bahasa pula ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan bahasa samada ejaan, perkataan,susunan frasa, atau ayat. Kesalahan bahasa berlaku atas beberapa factor antaranya pengetahuan yang kurang dalam aspek tatabahasa, kelaziman penggunaan bahasa yang tidak betul dan ditambah pula dengan sikap ambil mudah media massa.
Asraf didalam bukunya “Kesalahan-kesalahan dalam Penggunaan Bahasa Melayu” telah membahagikan kesalahan tersebut kepada beberapa sudut,antaranya dari segi sintaksis, morfologi, semantik dan intonasinya.
4 kesalahan tatabahasa yang telah saya kenalpasti dan sering berlaku dikalangan murid di dalam bilik darjah adalah seperti berikut:

3.1       KESALAHAN DALAM PENGGUNAAN KATA HUBUNG
Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, atau klausa dengan klausa dalam ayat gabungan atau ayat pancangan. Contoh kata hubung ialah kerana, supaya, jika, kalau, asalkan, walaupun, sungguhpun, sambil, sebelum, semenjak, sampai, apabila, manakala, setelah, dan, serta, lalu, tetapi, melainkan dan kecuali.
Contoh kesalahan 1
Kami sekeluarga menangis bila mendengar berita itu. ( salah)
Kami sekeluargamenangis apabila mendengar berita itu. (betul)

Analisis
Kata bila merupakan kata tanya.  Sepatutnya murid-murid menggunakan kata hubung apabila.
Contoh kesalahan 2
Amerika Syarikat merancang untuk menyerang Iraq sebab Iraq menyerang Kuwait. (salah)
Amerika Syarikat merancang untuk menyerang Iraq kerana Iraq menyerang Kuwait (betul)
Analisis
Kata sebab tergolong dalam kelas kata nama dan oleh itu tidak sepatutnya digunakan sebagai kata hubung. Kata hubung yang sesuai ialah kerana. Jika kata sebab hendak  digunakan, maka kata itu perlu disertai kata sendi oleh, lalu menjadi frasa sendi oleh sebab.
Contoh kesalahan 3
Nora bukan sahaja cantik  malah sentiasa kemas dan bersopan-santun. (betul)
Nora bukan sahaja cantik tetapi sentiasa kemas dan bersopan-santun. (salah)
Analisis
Kata sahaja……. malah adalah kata hubung pancangan. Sahaja…… tetapi tidak sesuai untuk kata hubung pasangan .Sepatutnya gunakan  sungguhpun……tetapi.
Contoh Kesalahan 4
Berusahalah sekuat mungkin semenjak badan masih sihat.(salah)
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.(betul)
Analisis




3.2       KESALAHAN DALAM PENGGUNAAN KATA GANTI DIRI
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk merujuk diri orang tertentu iaitu diri orang pertama,diri orang kedua dan diri orang ketiga.
·         Kata ganti diri orang pertama : saya,aku,beta,daku,patik,kami,kita dan hamba.
·         Kata ganti diri orang kedua    : anda, engkau, awak,kamu, kalian, tuanku dan dikau.
·         Kata ganti diri orang ketiga    : ia, dia, mereka, baginda, beliau dan –nya.
Di antara kata-kata ganti diri ini, ada yang membawa maksud tunggal (satu) dan ada yang membawa maksud jamak ( lebih daripada satu ). Setiap kata ganti diri mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan.
2.2.1    Contoh kesalahan 1
Beliau ditangkap kerana mencuri. ( salah)
Dia ditangkap kerana mencuri. (betul)
Analisis
Kata beliau hanya boleh digunakann khusus untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri dan sebagainya.
2.2.2    Contoh kesalahan 2
Mereka-mereka adalah pelajar yang dedikasi. (salah)
Mereka adalah pelajar yang dedikasi. (betul)
Analisis
Kata ganti diri ketiga mereka sudah menyatakan pengertian jamak. Oleh itu tidak sesuai kata mereka dijamakkan lagi menjadi mereka-mereka.

2.2.3    Contoh kesalahan 3
Kasut ini mahal. Ia diimport dari Perancis (salah)
Kasut ini mahal. Kasut ini diimport dari Perancis (betul) atau
Kasut ini mahal kerana diimport dari Perancis (betul)
Analisis
Kata ganti diri boleh digunakan hanya untuk manusia sahaja.

2.2.4    Contoh kesalahan 4
“ Perlawanan petang ini penting untuk kami,” kata jurulatih itu kepada pelatih-pelatih. (salah)
“ Perlawanan petang ini penting untuk kita,” kata jurulatih itu kepada pelatih-pelatih (betul)
Analisis
Kami bererti “saya dan dia” apabila bercakap dengan orang kedua. Orang yang ajak bercakap tidak disertakan. Kita pula bererti :anda dengan saya” atau “anda dengan kami”. Orang yang kita ajak bercakap disertakan.

3.3       KESALAHAN DALAM PENGGUNAAN KATA SENDI
Kata sendi ialah kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi bertugas untuk menghubungkan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain dalam ayat.  Contoh kata sendi ialah di, ke, dari, pada, kpada, daripada, dalam, akan, bai, untuk, hngga, sampai, seperti,oleh, dengan, bagai demi, tentang,, sejak, terhadap, antara.
3.3.1    Contoh kesalahan 1
Pertunjukan itu dibatalkan olh kerana tidak mendapat kelulusan.  (salah)
Pertunjukan itu dibatalkan olh sebab tidak mndapa kelulusan.  (betul)
Analisis
Kata sendi memerlukan frasa nama sebagai objek untuk mmbetuk frasa sendi.  Kata kerana yang tergolong dalam klas kata hubung tidak boleh diletakkan selepas kata sendi oleh.  Jadi gunakan frasa nama sebab.

3.3.2    Contoh Kesalahan 2
Dia berlari daripada rumah ke kedai.  (salah)
Dia berlari dari rumah ke kedai.  (betul)
Analisis
Kata sendi dari digunakan dalam hal yang ada hubungan dengan masa, tempat dah arah manakala kata sendi daripada digunakan untuk hal-hal yang lebih umum, seperti untuk orang,, perbandingan, asal kejadin, benda abstra, pertntangandan menunjukkan keanggotaan.
3.3.3    Contoh Kesalahan 3
Pinggan itu dihempaskannya kepada lantai.  (salah)
Pinggan itu dihempaskan ke lantai.  (betul)
Analisis:
Kata sendi ke digunakan untuk tempat, masa, dan beda konkrit yang tidak bernyawa, sementara kpaa digunakan untuk benda bernyawa dan benda abstrak kecuali masa.

3.4       KESALAHAN DARI SEGI PERBENDAHARAAN KATA
Kesalahan umum tatabahasa dari segi penggunaan kata biasanya terjadi kerana ksalahan ejaan.  Hal ini demikian kerana dalam bahasa Melayu,, ada beberapa kata yang seakan-akan sama ejaannya tetapi mempunyai makna yang berlainan.  Selain itu, ada pula kata yang sesuai dan tepat digunakan hanya dalamm konteks ayat yang tertentu saja dengan berdasarkan makna kata tersebut.
Senarai Kata yang Sering Disalahgunakan
3.4.1    Adakah dan Apakah
Kedua-dua kata tersebut adalah kata Tanya.  Kata adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.  Kata apakah digunaan untuk mendapat jawapan nama binatang, nama benda, keterangan tentang ssuatu (seperti sebab) dan untuk mennyakan sesuatu yang tidak khusus.
Contoh:
a)      Adakah benar cerita Ahmad itu?
b)      Adakah dia datang semalam?
c)      Adakakah betul jawapan itu?
d)      Adakah saudara bermimpi?
e)      Apakah binatang yang berleher panjang itu?
f)       Apakah sebab berlakunya kegawatan ekonomi?
g)       Apakah judul buku yang baru kamu beli itu?
3.4.2    Ialah dan Adalah
Penggunaan kata pemeri ialah secara persamaan atau ekuatif hadir di hadapan frasa nama.  Penggunaan kata pemeri adalah secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
a)      Bandar Shah Alam ialah ibu negeri Selangor.
b)      Abdullah Munsyi ialah pengarang buku Hikayat Abdullah.
c)      Berita yang dilaporkan oleh pegawai itu adalah benar.
d)      Hadiah yang disumbangkan oleh bank tempatan itu adalah untuk murid yang cemerlang dalam pelajaran.
3.4.3    Golong dan Gulung
Golong bererti membahagi-bahagi dalam beberapa kupulan.
Gulung bererti barang yang berhelai-helai atau berutas-utas yang berbentuk panjang bulat sbagai akibat digulung.
Contoh:
a)      Sudah menjadi kebiasaan Pak Mat menggulung rokok daun nipah sebelum tidur.
b)      Golongan petani sering tertindas.
c)      Mereka tergolong dalam orang yang bernasib baik.
d)      Tikar mengkuang itu digulungnya dengan berhati-hati.
3.4.4    Pedalaman dan Pendalaman
Pedalaman bererti kawasan yang terperinci atau daerah yang jauh dari perhubungan dan kemudahan.  Pendalaman bererti usaha mendalami atau mendalamkan.
Contoh:
a)      Pembangunan di kawasan pedalaman akan dilaksanaan segera oleh kerajaan.
b)      Kebanyakan suku kaum asal negeri itu masih tinggal di kawasan pedalaman.
c)      Pendalaman ilmu dalam pelbagai bidang perlu kita lakukan.
Pendalaman sungai Kelang perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir



0 comments:

Post a Comment

Followers