Puisi

MAKSUD PUISI

Puisi merujuk kepada susunan / aturan ayat yang menyampaikan maksud dalam bentuk yang indah. Puisi adalah satu cabang kesenian manusia. Puisi boleh berdiri secara sendiri, dan boleh juga disulam dalam seni lain seperti drama puisi, him atau lirik.
Terdapat pendapat bahawa kesenian adalah apa yang membezakan manusia berbanding haiwan.


JENIS PUISI



1.PANTUN

Pantun 2 kerat
Contoh:
Alang mandi biar basah,
Kalau takmenjadi jangan menyusah.

Pisang sesikat gulai sebelanga,
Tanda muafakat bersama-sama.

1.Pantun Nasihat
contoh:
Tanam balik buah peria,
Buah peria mahal sekali,
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.

Bulan sabit sinar berseri,
Bulan purnama bercahaya terang,
Ajaran guru hendaklah dicari,
Mana yang dapat janganlah dibuang.

Pantun Cermat Jiwa Selamat

Pesanan ini sring diajukan
namun wajar diingat sentiasa
berhati-hatilah di jalan raya
supaya selamat ke tempat tujuan

Kempen keselamatan jalan raya suatu peringatan
kepada pengguna yang masih alpa
agar menjadi panduan untuk mengelakkan kemalangan
yang mengorbankan jiwa, memusnahkan harta.

Wahai pengguna-pengguna jalan raya
jalan raya bukan tempat berlumba
ingatlah orang yang tersayang
janganlah dibiarkan mereka menanti dalam tangisan



2. SYAIR


Contoh:



Contoh soalan berdasarkan syair :

                      Anak remaja harus berwawasan,
                      Seiring dengan arus pembangunan,
                      Kalaiu hidup asyik berpeleseran,
                      Tiada tercapai arah tujuan.

                      Anak Malaysia pada alaf baru,
                      Jati dirinya semakin buntu,
                      Ayah dan ibu amat terharu,
                      Melihat hidupmu tidak menentu.

                      Tahun berlalu mengejar masa,
                      Akhlak yang mulia tetap berharga,
                      Jangan terlalu menurut rasa,
                      Maruah keluarga perlu dijaga.

                      Anak Malaysia betubuh sasa,
                      Tetapi ilmu kurung di dada,
                      Ibu bapa banyak berjasa,
                      Tanpa mereka siapalah kita

                      Menjadi remaja biar berpaduan,
                      Jangan diikut orang sembarangan,
                      Kejarlah dunia tanpa sempadan,
                      Akhlak mulia digadai jangan.

1. Apakah jenis puisi di atas?
2. Puisi ini ditujukan kepada siapa?
3. Mengapakah ayah dan ibu berasa amat terharu?
4. Rangkai kata orang sembarangan dalam puisi bermaksud...






3. gurindam   


Satu bentuk  puisi yang terdiri daripada dua baris kalimat dengan irama akhir yang sama. Baris pertama tentang persoalan baris pertama semacam soalan dan baris kedua merupakan jawapan.



4. seloka

Puisi tradisional yang mengandungi unsur jenaka gurau senda, ejekan, dan sindiran .


5.sajak

Puisi berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan, suku kata, rangkap, ritma dan sebagainya.

BANGKITLAH

Anak-anak sedang lena
Bangkitlah
Matahri sudah tinggi
Di puncak gunung

Lihat jernihnya pagi ni
Burung-burung bertebangan di udara
Dan pepohon hijau merendang daunnya
Apa kau masih belum bangkit?

Bangkitlah
Jangan sesal nanti
Madu bumi yang kekeringan
Isi laut kekosongan
Dan perut belantara menjadi ladang

Anak-anak
Esok apa yang akan kau makan?
Tanah atau batu atau debu?
Tanpa air mata?

Kalau tidak
Bangkitlah
Matahri belum lagi rembang
Dan burung burung belum lagi menjamah awan



                                               



Sajak buat anak - anakku.
nukilan dari ibumu.... Fazilah Hashim

Anakku dengarlah mama bermadah,
Sebagai nasihat semasa hayat masih di badan,
Sebelum mama memejamkan mata,
Sebagai ingatan dan tanda kenangan

Anak - anak mama yang tercinta,
Andai kamu menjadi alim,
Jadilah obor kepada dunia.

Jika kamu jahil,
Berusahalah untuk bernaung di bawah cahaya,
Jika kamu kaya,
Jadilah penderma kepada masyarakat.

Jika kamu miskin,
Hindarlah dari meminta - minta,
Supaya terpelihara kizahan mu.

Jika kamu perlu,
Mintalah kepada Tuhanmu,
Agar manusia tidak menghinamu,
Berserahlah kamu kepadanya,
Itu tanda 'basyar' dari Tuhan.




Senandung buat suami.

Suamiku yang tercinta,
Sekiranya ada benci yang tercipta,
Ada amarah mengundang sengketa,
Akibat kekurangan yang ada padaku.
Berilah masa untukku berusaha.

Suamiku yang disayangi,
Andai hatimu terguris luka,
Dek kata - kata menghiris jiwa,
Kerna perbuatan menghunus duka,
Maafkan daku yang tak sempurna.

Suamiku yang dikasihi,
Sekiranya satu hari nanti,
Kasihmu tidak setebal kini,
Renung dan imbaslah kembali,
Mengapa kita bisa saling mengasihi.

Suamiku yang dirindui,
Doa sentiasa kupohon padaNya,
Kumahu kita kekal bersama,
Mengharum cinta kekal selamanya.

Nukilan rasa dari isterimu Fazie




Buat anak - anak murid SKTR2 sambil berehat bersama keluarga, hayatilah sajak ini. Kemudian cuba tulis 5 nilai murni berdasarkannya.

Dari Mata Ibu

Dari mata ibu,
kasihnya laksana bulan
menerangiku kala kegelapan
membina lorong -lorong kecemasan

Dari mata ibu 
kesihnya laksana awan
memayungiku kala terik
menghembuskan angin salju

Dari mata ibu
kasihnya laksana mentari 
mengerahku kala tak bermaya
sumber tenaga unuk berjaya

Dari mata ibu
tusukkan duri bisa padanya
perit itu peritnya
tatkala dari manja mengguris anaknya
manja itu racun baginya

Dari mata ibu 
sayangnya tinggi menggunung
risaunya setajam pisau
yang menyirat - nyirat di benak
doanya dulu, kini dan kelak
untukmu wahai anak.....
 
 





2 comments:

ZALINA BINTI MOHSIN said...

Paparan yang menarik dan berinformasi. Tahniah, Cikgu Fazie!

Faridah Doya said...

Saya terhibur melihat blok cikgu..tahniah!

Post a Comment

Followers